.: minXie piXiE :.



independent minx. love ur own self. got reasons to smile, it's hard. family is priority. simple funny homo
sapiens. trust no one. number of bad habits. white is pure. roses are love. it's not easy to pleased others. mind ur own business. don't cramp the head wit trifling thingy. arts resembles the soul. linkin park sounds pleasant to the ears. love story good for the eyes and mind, always! laughter is the best medicine, trust me! but ice cream, chocolate and cheeze cake are the bestest ever medicine in the world. good listener instead of problem solver; troublemaker; no! never take things for granted. mentos; can't live without.

Friday, January 7, 2011

kembara jejak mat kilau 7-9 disember 2010

assalamualaikum. lame kan buat orang tertunggu nak bace entry full pasal kembara jejak mat kilau ni. ok ape. hari tu dah bagi intro, bagi surprise lame - lame pastu baru bagi yang full punye. ok cukup. mari bercerita pasal kembara ni walau dah agak berhabuk. ade aku kisah. korang ade, takde kan. =) eh lagi satu, entry ni akan jadi super panjang. 

macam yang dah bagitau sebelum ni, program ni 7 - 9 disember 2010. sebelum masuk hutan, haruslah buat persiapan ye tak. bagi orang macam aku yang dah lame tak masuk hutan tetibe rase macam jakun laa pulak kan. macam - macam aku fikir. larat ke aku nak berjalan. injured ke nanti. macam - macam lagi la. ajk bagi list barang - barang nak di bawak, hamek kau. macam budak darjah satu nak masuk sekolah. every single thing dalam list tu dibelinye. isk3. ok laa kan. persiapan. kalau ade pape tak susah diri sendiri ngan orang lain. baju hujan, torch light, air 100 plus, coklat, wisel, sleeping bag. eh tak. sleeping bag takde. tidur beralaskan kain batik sahaja. 

petang 7 disember 2010, semua peserta berkumpul kat bitarasiswa. angkut barang-barang dan beg dalam lori, pastu semua bergerak ke sk pos bersih, ulu slim. fyi, tempat ni adalah perkampungan orang asli. dalam sejam naik bas dari upsi. sampai2, kene jalan kaki ke sk pos bersih. bas tak muat nak masuk. bukan jauh mane pun. haha3. cara cakap macam gempak jauh sangat je kan. =) sepanjang jalan kaki nak ke sekolah tuh, anjing berkeliaran di mana - mana. huuuuu..... harap maklum ye. lagi satu. jangan lupa, mereka dah macam kita. jangan salah faham. ye mereka orang asli, tapi mereka juga dah majukan diri dan kampung mereka. setakat ade astro dah tak heran. 

sampai kat sk pos bersih, terus g minum petang. berkumpul dan pembahagian kumpulan. lepas tu, setiap kumpulan pasang khemah masing - masing kat padang sekolah. petang tu aktivit bebas. kat belakang sekolah tu ade sungai. ape lagi, pakat - pakat terjun sungai laa mereka - mereka ini. tapi rasenye yang lelaki je kot. yang perempuan amek pemandangan jek. hahaha. sementara nak ke maghrib, kami yang agak kebosanan ni melayan game oleh bakal - bakal kaunselor. best! bergelak sakan adalah harus. pastu bawak diri. nak siap2 solat dan makan malam. pas makan malam, semua berkumpul kat kantin dan ade taklimat dari pihak rela. diorang ni la yang akan jadi guider kitorang sepanjang hiking ni. macam program yang lain, bila dah masuk hutan, mesti ade pantang larangnye. jangan nak pandai - pandai kita sendiri. habis taklimat, semua masuk khemah dan get ready for tomorrow!

pagi - pagi sebelum subuh, masing - masing dah bangun. siap - siap, solat, kemas khemah, sarapan dan siap! kalau ikut perancangan awal, kitorang dipecahkan pade 8 group yang kecik tapi dirombak balik, pecah ke 2 kumpulan besar. aku dalam group yang pertama, gerak dulu. group ke 2 dalam gerak lepas dalam 15-30 minit pas kitorang.  naik lori nak ke starting point. lupe nak info. perjalanan kitorang ni ade naik dan turun. maksudnye, permulaan perjalanan akan banyak mendaki bukit, mase dah nak sampai akan banyak menurun bukit. sebelum mula, macam - macam protection yang kitorang pakai. losyen halia, insect repellent, bygone, shieldtox, semua laa. berhati - hati. takut pacat naik. tapi naik jugak. huuuuuu....

sepanjang perjalanan, macam - macam kitorang redah. sungai anak sungai, selut, akar kayu, panjat batu, terjun batu (eh ade ke terjun) hentam sajelah. =) yang paling banyak haruslah digigit pacat. kalau tanye aku mule-mule tertanya gak mcam mane rase kene gigit pacat. awal-awal jalan dah ade due tige orang yang kene gigit. bile dah tengah - tengah perjalanan baru aku tau macam mana rasenye. camne nak describe ea. yang dah kene 'kiss' ngan pacat tu korang tau laa kan. kadang - kadang tak rase ape pun. tau - tau selak seluar, tinggal darah jek, pacat nye dah jatuh kekenyangan. isk3.

akhirnya, lepas berjalan hampir 9 jam sampai jugak ke destinasi, lata lembik, raub, pahang. rase macam tak percaya pun ade. bagi orang yang agak kurang fitness macam aku, memang satu pencapaian laa. sampai - sampai semua pakat berendam dalam sungai. pihak renjer salute kat team kitorang sebab antara yang paling cepat sampai dalam banyak - banyak team yang diorang pernah bawak. tahniah buat mereka yang berjaya sampai paling awal. tepuk tangan untuk diri sendiri. clap3.

bile join satu program mesti ade banyak pengalaman yang dapat, betol tak. memang banyak. tak penah-penah aku makan nasi himpit dengan serunding, mase program ni kitorang buat. sedap dan mengenyangkan. kene gigit pacat, baru aku tau macam tu rasenye kene gigit pacat. redah sungai beramai - ramai. jalan dalam hutan, tengok pokok - pokok hutan. naik 4wd @ four wheel drive. dah rase macam masuk pertandingan four wheel tu plak. hasilnye, badan aku penuh ngan lumpur ngan selut. tapi yang peliknye lagi 3 orang yang naik same aku kene siket-siket jek. pelik2 dan paling penting dan best, dapat ramai kawan baru yang super best! before ni penah nampak muke tapi tak kenal mane tapi pas program ni dah boleh bertepuk tampar dan bertambah lah list friends dalam facebook. =) 

malam tu takde aktiviti, hanya bersantai. ade karaoke. berehat. tengah syok kitorang beradu dalam khemah, hujan turun dengan lebatnye. basah khemah kitorang. akhirnye yang perempuan tido dalam satu rumah; rumah ni rasenye cam rumah untuk orang yang jage tempat ni kot. esoknye bangun kemas2, siap2 dan ready untuk majlis penutup. hujan still lebat. siap majlis penutup, aktiviti wajib, camwhore! =) pas siap kemas semua, semua bergerak ke bas dan meninggalkan lata lembik dengan meninggalkan seribu satu kenangan. satu yang same. habis program ni masing - masing jalan perlahan jek, sakit kaki badan weigh!

ok dah. penat taip. jamu mata tengok gambar pulak.

sebelum naik bas harus bergambar

berjalan kaki ke sk pos bersih



pikah
dayah
laili


mula berjalan



dalam hutan




siap kemas mesti bergambar


geng baru; nadia, izzah & fana

geng baru. nice to know all of you

encik pengarah program


tshirt kami

dengan renjer

kami; peserta jejak mat kilau uklk 7-9 disember 2010

bersih khemah


kawan baru, anim ngan hasni
kan dah kate super panjang. ape pun selamat membaca. IA ade lagi program macam ni mau join lagi. to all, tak rugi kita join program macam ni. dapat pengalaman dapat kawan baru. sakit2 tu cerita tu no 10. mestilaa ade sakit2. badan kita bukan mesin. mesin pun boleh meletup ape lagi badan manusia. selamat menjalani semester baru buat semua kawan. 

gambar: credit to laili and hasni. tqvm  =)

No comments: