ape die tajuk entry kali ni
nak kate formula kimia, rase takde kot nama bahan kimia gitu
hehehhe
tu tajuk buku cerita laa
baru beli mase keluar aritu
punya semangat nak cari buku tu, puas berpusing cari kedai buku
mule2 cari kat kampus jek, ingat ade tapi takde.
frust =(
tapi bila keluar aritu dah aim
ape-ape hal nak gak cari buku tu
cheh! macam cari buku rujukan yang konon tinggal last kat kedai buku kan
padehal cari buku cerita yang sebenarnya pun dah berzaman published
isk3
misi pencarian diteruskan dan akhirnya....
BERJAYA!
dah lama sangat tak beli buku cerita. selalu pinjam jek dari
sepupu -
sepupu saya yang sangat rajen beli novel. =)
ni pun sebab aritu baca online kat
sini. sekali, amek kau! 20 bab pertama jek. kan lepas tuh dah tak senang duduk nak tau gak ape cite ad ngan iz ni. isk3.
btw, buku - buku cerita kat
sini best2. mase kat kedai buku aritu ingat nak beli lagi satu buku cerita tu yang bace review online tapi haip! jangan tamak. isk3
nak tau best ke tak buku cerita ni, kene laa bace. tapi bagi baytie memang best! susah nak cari buku cerita yang best. banyak buku jalan ceritanya same jek jadi bosan.
nah baca sinopsis buku cerita ni.
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang?
ok dah! urgh...final exam dah dekat tapi tak study lagi. hmmmpphhh....
baru pegang nota marketing fokus dah beralih tempat ea.
isk3
ok, nak pegi blog walking
eh tak
study
^_^