.: minXie piXiE :.



independent minx. love ur own self. got reasons to smile, it's hard. family is priority. simple funny homo
sapiens. trust no one. number of bad habits. white is pure. roses are love. it's not easy to pleased others. mind ur own business. don't cramp the head wit trifling thingy. arts resembles the soul. linkin park sounds pleasant to the ears. love story good for the eyes and mind, always! laughter is the best medicine, trust me! but ice cream, chocolate and cheeze cake are the bestest ever medicine in the world. good listener instead of problem solver; troublemaker; no! never take things for granted. mentos; can't live without.

Wednesday, July 20, 2011

comel!

Salam. Teruja tak kalau nampak cawan yang comel kiut miut? Haruslah kan. Bukan bayi yang comel sahaja mampu membuat ku teruja. Pergh!!! ayat.

Ok! Apa perasaan kalau nampak ni?

teruja tengok kat peket Oreo

Mestilah teruja kan. Tulaa yang aku rasa. Excited yang amat - amat sampai sanggup beli 2 pek oreo semata - mata nak dapatkan si comel tu. Serius tak tipu.


Apabila  sudah membeli dua peket Oreo dapatlah aku si comel tu. Comel kan. =)

Si comel yang comel =)



Betul kan? Comel sangat - sangat kan. Just nice nak buat air untuk sarapan sebab aku kalau buat dalam mug yang besar bukan habis pun. Tiba - tiba tak sabar nak buat air esok. isk3

Tapi kan sebenarnye ada bende lain yang comel lagi jumpa tadi. Tapi sebab dah ada si comel di atas, postpone dulu. Kalau tak mesti jadi macam dulu jugak. Macam Dulu Tuh!!! =p Lepas tu fikir - fikir tak baik tamak haloba, mak kita kate orang tamak selalu rugi. Terus tak jadi.

Lepas tu, tak pasal - pasal jadi beauty conscious pulak. Beli krim muka tadi. Dah lama dah kulit muka tak dibelai, masa singgah Watson tadi berkobar - kobar nak beli. Itu pun berkira - kira nak beli yang ni ke yang tu? yang ni ke yang tu? Tapi tulaa, skin regime ni ade set die. Aku sekarang baru ade pencuci muka dengan krim yang baru beli 4 jam lepas. Takpelaa. Pasni beli serum, toner, krim malam siang bla bla bla bla....

bilarumahkuberkata: ada mask di muka masa taip entry ni.I feel sooooo gooood!!!!  =D
baca kat kotak krim tadi, " dipakai selepas menggunakan ****** Serum **** (nama penuh produk tak ingat. terus ouh....kene beli serum la pulak lepas ni??? ) *sigh*

Tuesday, June 14, 2011

Teman Tidur

eh...tetiba macam rajin pulak aku update blog kan. aku tak tau nak bagi tajuk ape kat post ni. tapi takpe lah. taip dulu nanti siap baru bagi tajuk.

ape jadi teman tidur korang? aiseh soalan. mencabar jiwa dan raga tak. ahahhaha. jangan laa pikir lain macam. maksud kat sini, bantal peluk ke, teddy bear ke orang ke eh oooppsss! =D

kalau aku kat rumah sewa ni ramai yang jadi teman tidur. ade bantal, ade badak ade bear.

bantal tu ade senior bagi mase aku form 4. sampai hari ni wujud lagi bantal tu tapi haip!!! bukan bantal busuk tau. wangi sentiase.
yang warna merah tu name die mr red devil. comel kan. elok ade tanduk nates tapi senyum sweet jek. ade kawan bagi. chop! kawan ke???
yang biru tu si badak biru @ bluehyppo. dapat mase keje kat bank dulu. farewell gift. tapi badak biru bukan dalam simpanan aku lagi. ade orang dah 'kidnapped' die.

 ni name die cik bear2. cool kan siap pakai ray-ban lagi. ni pun dapat farewell gift mase keje bank dulu. aku pun pelik kenape aku dapat 3 ekor bear terus dalam satu kotak as farewell gift. (betul ke penjodoh bilangan ekor tu?) ade badak, bear dengan kucing. kucing tu aku letak dalam kereta kat rumah.

sebenarnya ade lagi 2 bantal. satu bantal bentuk hati satu lagi bantal strawberry. tapi yang ade kat aku sekarang; cik bear2, bantal bentuk hati satu, bantal strawberry dengan bantal yang gambar kat atas tu. badak biru dah kene culik, red devil ade kat katil kat rumah. macam mane aku tidur ngan teman yang begitu ramai tu? senang jek. tiap malam sebelum tidur aku susun dulu teman - teman ku ini. cik bear2 kat kiri aku, bantal hati dengan bantal strawberry kat kanan aku, bantal lagi satu buat peluk. kan senang. habis cerita.

bilarumahkuberkata : ade niat nak tambah koleksi bantal lagi =p

Monday, June 13, 2011

senarai hajat Nurbaytie Kamisan

assalamualaikum...salam hari isnin.
wishlist?
ape ade dengan wishlist. ape maksud wishlist. maksudnye setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kamus Diriku Sendiri adalah bermaksud "Senarai Hajat".
betul tak? betul laa kan. hantam sajalah labuuu...
mari lihat apa senarai hajat diriku ini.

SENARAI HAJAT NURBAYTIE BINTI KAMISAN

1. External Hard disk (500GB) - dah berzaman nak beli tapi tak terbeli. ade member kate beli yang 320GB pun dah ok tapi aku nak yang 500gb jugak. sebab? Mau save segala cerita dan gambar yang sekarang dah ada 110GB. jadinye kali ni kene jadi jugak. tapi ade lagi yang baru kan? 640GB ke ade yang up lagi???
2. Cermin Mata. - ouh. ni lagi hajat paling utama. specs sekarang ni dah lame sangat - sangat. dah banyak umurnye. pakai mase keje bank dulu lagi. best woo mase tuh. buat specs baru pastu claim. pergh! ni den nak claim dari sape ea???
3. Novel. - Ini "hobi" baru. Sem lepas je 4 novel aku beli. Ni nak beli lagi. semuanya sebab bace online. sudahnye kalau keluar kaki tu mesti laju nak pegi Popular ke, Kinokuniya ke MPH ke. ade 2 3 biji novel yang sudah disenarai pendek.

ade lagi rasenye senarai hajat ku. tapi nanti - nanti laa. ngantuk sudah. 

bilarumahkuberkata : ada tak sesiapa yang nak tunaikan senarai hajatku? ^___^

Saturday, June 11, 2011

tiada tajuk

salam...boohooo!!!! gelakkan diri sendiri. gilo lamo yang amek den tak update blog. bersawang -sawang . ponuh ngan sawang. ok tak best aku cakap nogori. eh..ekau jangan pandang den sobolah mato yo. den lamo dok kek Somban dulu. dari den kocik sampai den abes tingkatan limo. haaa! don't play - play.

isk3. camne nak jadi blogger tegar kan. malas je. tapi tulaa. nak jadi blogger ni kene rajin. rajen menaip, rajin cari maklmumat, rajin edit gambar, semualaa kene rajin. kalau tak, akan berakhir seperti saye. BLOG DAH BERSAWANG. ISK3.

ok2. mari kite cube try test. harap - harap lepas ni dah tak malas dah. ;p

jom pegi shopping raye. mama kate tahun ni tema warna pink. ouh. sweet pink gitu. so sweeeeeetttt!!! =)

selamat berhujung minggu!!!
^_^

Thursday, April 7, 2011

perang

aku sentap! semalam bersambung hari ni.
cold war, there you go!
sekian.

Saturday, April 2, 2011

dah make up!

salam semua. selamat hari sabtu! hari yang indah tanpa sebarang kelas. blog ni dah berubah mukanya. tadi curi masa siket banyak nak make up. tapi yang basic saje. nak make up habis-habisan kene sehari suntuk. hehehe
isk! kalau masa tu guna buat assignment confirm dah siap baytie! =.=

kejap lagi nak practise untuk grading esok. pastu nak set up padang untuk sukan PPAKK esok. jom ramai-ramai join. beriadah bagi hilang stress minggu hujung sebelum final exam ni.

nak print jadual final exam 
o.0

Friday, April 1, 2011

aku kene lagi!

hari ni tak pasal - pasal aku sentap. memang luar biasa, luar alam, ajaib. kalau orang lain tengok confirm tak percaye. pelik giler dowh.

dan hari ni, aku kene lagi. kene ape? kene block dengan instructor aku. pergh! tulang besi urat dawai i tell u. minggu lepas dah kene, dua kali. tangan kiri. hari ni, kene lagi. tangan kiri gak. adoi!

lusa ade grading. chon-ji, dang-gun, side kick, back kick, turning kick & sparring. takut woo. harap-harap lepas semua nanti. pattern tak takut sangat, sparring yang sangat-sangat risau. free sparring. harap-harap takde aksi yang pelik yang aku buat nanti. ;p
wish me luck!

btw, ahad ni ade karnival sukan PAKK. jom ramai - ramai serbu padang. ade futsal, bola jaring dan sukaneka. sukaneka ade 5 games. the best the boom lagi vogue you know. hahahhaha   ^_____^

tiba-tiba tak sabarnye nak habis minggu ni. abes grading lega selega leganya aku. 
tapi pening - pening lagi. jadual semester depan tak setel lagi ni. aduh!   =.=

Sunday, March 27, 2011

pain

assalamualaikum...had pain all over my body. muscle pain. my legs especially. had this pain since yesterday, after my class. my taekwondo class to be exact. this is what happen when the muscle been resting for two weeks. (ooppsss! kantoi di situ ponteng class 2 minggu ;p)

i have my reasons for not attending the classes. (hehe, mau selamatkan diri) i feel like i am very old now. its hard to go downstairs. every time i step down the stairs i'll like "adoi...saketnye". even when i am walking i feel the pain too. haish! and i think i walk like a penguin. penguin comel, takpe. hahahha

since i have been resting for 2 weeks, so when the instructor asked us to kick, after one kick, i stopped and hold my knees as i feel my knees shaky. seriously. menggigil - gigil rase lutut. but actually before we do the pattern, we did a lot cute animals exercise. yup. i find it cute. first, we were asked to jalan ulat bulu. when the instructor showed us how to jalan ulat bulu, we can't help ourselves but to laugh. really cute. then, we were asked to lompat katak. urgh! during this time, i feel like my knees are loosen up. that was not the last one as we were asked to jalan itik pulak. imagine, you in your training uniform and do all these exercises plus there were a group of ping pong students at one side of the gym, laughing at us too. however, we find it cute but exhausting.

we are having a seminar tomorrow and i have to wake up early. another pain to me. hahaha. it's Sunday and i have to be there as early as 730 am. isn't that a pain???

have to off now. another pain as i haven't finish my assignment, yet and i have to submit it Monday morning. padan muke aku. sape suruh malas sangat.!

actually it's already Sunday!

Thursday, March 17, 2011

mood swing

hari ni, macam - macam aku rase. happy, geram, sedih, sakit hati, bengang, semua ade. macam - macam ada. adoi ai....
mood takde. banyak lagi kerja yang tak setel. tapi rase mau tido saje.
i am off~~~

Thursday, March 10, 2011

happy!

macam post yang sebelum ni, semalam kami ke petrosains, suria klcc. field trip utk subjek science for young children. masing - masing yang dah memang teruja nak pegi, pagi - pagi dah bersiap. nak jadikan cerita, air pulak takde. tapi...haip!!! kami semua sempat mandi yerr...

kumpul kat depan audi pukul 8. tunggu punya tunggu pukul 830 baru gerak. =.= dah pesan sruh awal ade gak yag lambat. isk3. trip ni hampir satu kelas pegi@90 orang + our beloved lecturer, Dr Nik Azmah. naik 2 bas + 1 coaster. singgah hentian sg buloh untuk breakfast. lepas tuh, petrosains, here we come!!!

sampai dalam pukul 11, setel tiket & tunggu turn naik dark ride, dalam pukul 1130 baru masuk. actually ni dah second time aku pergi. first time bawak adik anis pegi rombongan mase die tadika dulu. btw, mase pegi semalam ade ramai gak bebudak tadika yang masuk saing kitorang. cute giler tengok bebudak kecik ni berjalan berdua, pegang tangan, siap ade yang letak tangan atas bahu. comel!!!

dah masuk tuh, haruslah dicuba segala apa yang boleh dicuba. tak boleh pun dicuba jugak. XD  yang paling penting; camwhore! it's a must ok. hehe ^___^





khusyuk dengar briefing dr nik azmah



dark ride!
ade banyak lagi gambar. tapi kan. tetiba jadi malas. aci tak gitu. aci jek, blog aku. muahahahha. mood nak bace buku cerita pulak datang.  ;p esok saye update lagi ye. kalau rase nak tgk full album pegi petrosains semalam, tengok kat SINI ye. tata!!! ^_^






Tuesday, March 8, 2011

petrosains; esok!!!! =D

assalamualaikum....woooaaaa!!! lame yang amat tak update laman sesawang ku. dah bersawang - sawang macam rumah tinggal dah jadinye.

esok mau ke klcc. ade lawatan ke petrosains; field trip untuk subjek science for young children. teruja!!!  ^_____^
senyum dengan penuh kelebaran.

oleh sebab teruja nak pegi, terus tak jadi nak buat assignment. mood: klcc!
nak tido, awal lagi. ape nak buat nih. 
nanti update lagi!
tata!

Tuesday, February 8, 2011

update laju-laju!

assalamualaikum! lame dah tak update. sure korang rindu kan! kan? kan? kan? tak nak ngaku sudah! bluekk!!! tak tau + takde idea nak update pasal ape. ade bende nak update tapi sejak aku menghidap penyakit kronik ni, terus tak jadi.

ni dah masuk minggu 5, dah banyak assignment yang menimbun. adeh! mane satu nak buat ni. kene oo som! dulu kot. baru tau nak buat mane dulu. eh! tak payah oo som. dah tau buat ape dulu. update blog dulu. muahahha....

esok kelas dr nik cancel. yeahooo!!! esok free takde kelas tapi discussion. giler kentang hebat kan. hari khamis nak present baru nak buat esok. keh3! bajet hebat jek. adoi lapar. tadi petang makan kerabu maggi. ye, kerabu maggi. pernah makan tak. sedap woo. maggi direbus pastu gaul ngan sotong, daging, udang, isi ayam, sayur. serius sedap! pedas lagi tuh! cili api berasap. dah makan tapi lapar. errkk!!! tak bace bismillah kot tadi.  =p

sudah - sudah. pegi buat kerja yang dah menimbun tuh. isk3

Sunday, January 23, 2011

gigih!

salam semua. hari ahad yang ceria. ceria ke??? hari ahad seperti biase hari unutk merajinkan diri. rajin laa sangat.  rajen lipat baju yang dah dekat seminggu tak berlipat. kih3. basuh rajen lipat malas tak bape rajin. tak lipat pun letak elok - elok tau dalam bakul. (credit to ex - jiran yang sudi sedekahkan bakul besar ;p)

hari jumaat hari tu belajar pattern baru dalam taekwaon-do. Dan-Gun. semua ade 21 steps. aiyooo!!! tapi seronok. mase instructor tunjuk nampak senang. tapi bila buat, amek kau! dah macam ballerina aku rase. berpusing - pusing. aku laa. instructor tu ok jek.  =.=

step 1 - ok!
step 2 - ok!
step 3 - ok!
step 4 - ok!
step 5 - ok!
step 6 - ok!
step 7 - ok!
step 8 - ok!
step 9 - erk! (tetibe rase dh bertukar jadi ballerina, tapi tak pakai skirt)
step 10 - ok! (bertukar ahli taekwondo balik)
step 11- ok!
step 12 -ok!
step 14 & 15- woops! kenape tgn mcm slh side??? 
step 16 - ok!
step 17-ok!
step 18 & 19-eh??? mcm slh pusing jek
step 20 - ok!
step 21-ok! dan-gun!
gi tengok kat sini macam mane gaye buat pattern nih.

adoi! kene practise ni. next week confirm ulang step ni. haruslah! huuuu....mood buat assignment, tapi kan kenape tetibe rase pening - pening lalat ni. adoi. tetibe rase tak tau nak buat ape. jom2! gigih siapkan assignment.  ^_^

Wednesday, January 19, 2011

rabu!

salam semua. ape khabar hari ni? saye semestinya sihat alhamdulillah. syukur masih diberikan peluang untuk bernafas siang hari ni. kejap -kejap lagi mane kite tau, ye tak. wallahu'alam. saya cakap camtu sebab bace paper kosmo tadi. aduh. sadis! nauzubillah. mintak kite dijauhkan. nak tau ape? bace sini ye.

walaupun ni tengahari rembang tapi rase macam mamai lagi. sebabnye tak dapat tido semalam. buat julung kalinye stay-up semalam sebab nak siapkan assignment. isk3. hari ni nak hantar semalam baru buat. dah siap dah. siap print dengan binding lagi tu. tinggal nak hantar je kejap lagi. cheh! riak pulak. tak baik baytie. isk3

semalam tutup lampu pukul 2 pagi. eh. bukan semalam tu kan. tadi. tapi entah pukuk berape aku lelap. guling kiri guling kanan. hadoi! agaknye ini laa penangan nescafe 'o' ais minum mase makan malam tadi. padan muke. dah terkebil - kebil pandang siling.

pagi bangun macam biase tapi sisa ngantuk tu masih berbaki. ok, assignment dah siap. nak sambung tidur. kelas kul 4 karang. bye! zzZZzzzzZZzz

p/s: eh! esok hari khamis cutilaa. thaipusam. jom pegi batu caves! =p

Sunday, January 16, 2011

dah kuning!

salam. selamat hari ahad semua. hari yang indah. macam biasa. bangun pagi, mandi, kemas bilik, lipat baju yang dah sebakul ( oopsss! ye saya agak malas tak rajin dalam bab melipat baju-bajuan) kalau kat rumah biase tugas ni akan di take over oleh adik saye. tapi kat sini tak kan nak biar dalam bakul jek, ye tak. isk3.

sarapan sambil dengar lagu. air nescafe dengan cheese tart. ceh! bunyi ayat nak macam gempak je kan. lagi pulak tadi sambil dengar lagu kat Never Had A Dream Come True by S Club 7. waahhh!!! memang masyuk lah.

o yeah!!! kami berjaye dapatkan tali pinggang kuning. lepas grading! hooyeah!! semua lepas. cume yang ade beza pun either 8th atau 7th grade. 8th grade tuh dapat tali pinggang kuning, 7th tu dapat tali pinggang kuning calit hijau. faham? tak faham? pergi Google. hahahahahha (gelak nada jahat)

ingat nak upload gambar tapi tetiba tak rajen nak buat. terus tak jadi. haaa! kalau ade yang bisik - bisik kate "eleh baru kuning dah nak bising" haip!!! tepuk mulut tu kang. suke laa. aku ade. kau ade. takde kan. hahahaha. (gelak berlagak, eh! tak baik riak) ingat senang ke, lagi yang segala mala otot dah jadi macam urat dawai bagai. tertekan kot seluruh anggota badan. sem ni banyak buat kick; side kick, turning kick, front kick. ape tu??? pergi google lagi sekali.   =)

oh! lupe nak kate. minggu lepas aku pitam, kali ni??? tengah bersungguh buat 'kick' tetibe rase macam termelayang dan berakhir di atas lantai. ye! saya terjatuh. isk3. malu dowh. zai yang kat belakang aku dah panik. dok tanye aku ok ke tak. instructor pun cepat-cepat datang, tanya ok ke tak, yang aku bantai gelak. rase lawak sangat. beria sangat sekali amek kau. bedebuk jatuh. mujur aku kat line paling tepi dan belakang. dan mujur jugak bebudak ping pong duduk menghadap dinding belah sane, kalau tak free jek u i buat show. malu! isk3

dah! pegi buat assignment. 
ok! ^__^ 
have a nice sunday!

Friday, January 14, 2011

kusangka kan panas rupanya mendung di pagi hari

assalamualaikum!

salam hari jumaat semua. pagi yang indah, kan. hari ni bangun pagi dengan semangat yang berkobar - kobar. wallah!!! ayat dah macam patriotik giler tapi hari merdeka lambat lagi weigh. hahahaha =)

ye saye bersemangat. semangat membasuh. membasuh comforter. ye sekali lagi. saye basuh comforter. tadi pukul 8 lebih panas aje. tapi pukul 10 lebih tadi dah start mendung. pastu panas balik, pastu mendung balik. adoi laa! camne mau kering jemuran ku ini. T__T  eh jap! tak pakai washing machine tau. hand wash. terror kan! =p

nota dah download, siap print tapi....simpan baik - baik kat rak. hik3  ^___^

lapar laa. jom jalan - jalan cari makanan pastu makan sambil layan criminal minds. waahh!!! cam best jek kan.

eh lagi satu. hari ni kelas pukul 5-7 jek. kelas taekwon-do jek. =) ouh...harap - harap peristiwa minggu lepas tak berlaku lagi hari ni. tak tau ape jadi minggu lepas?? sila bace di sini ye.

selamat menjalani hari jumaat yang nan indah ini.  ^_^

Wednesday, January 12, 2011

urgh!

adoi ai. tak tau kenape, kaki aku naik gatal - gatal. udah le ade kesan 'tertinggal' kat ibu kaki, ni naik bintik - bintik merah plak. macam kene gigit nyamuk tapi bukan nyamuk. entah!

ade kate maybe allergic kot. seingat aku, aku free dari segala allergic nih. pernah kene dulu tapi kat jari dan dah baik. boleh apa sahaja yang terasa nak makan, tapi ni tak tau laa. aku sendiri tak tau nak kate ape sampai boleh naik gatal - gatal macam ni.

dah dua tiga cara aku try. mandi dengan dettol. (aku suke, nyaman jek rase. rooomate kate macam bau kat hospital ^__^ ). sapu dettol, sapu minyak mestika, ni try bedak sejuk ngan garam. dah rope zombie kampung pisang aku nengok. hahahha. janji tak datang mudarat aku try jek. mudahan elok.

tapi kan kalau korang nak share care lain ke, bagitau ye. kot kot menjadi pulak petua yang lain.

p/s: pagi tadi kan BW, tengok blog akak ni, die rajen masak and share ape yang die masak. bestnye kalau dapat macaroni & cheese. spaghetti ke....uuuuuhhhh...very very the attempting...ade sape - sape nak bawak aku pegi makan italian food tak??? ^____^

Saturday, January 8, 2011

OMG!

semalam first kelas taekwon-do untuk semester ni. semangat weigh! haruslah semangat. sir baru. mengikut info yang boleh dipercayai sir ni strict orangnye. die ok cume agak strict. betul laa kan. lain orang lain carenye.

tepat pukul 5, semua berkumpul dan buat line. lepas bagi salute, start warming up. slow jog, touch floor, sprint. actually sebelum pegi kelas lagi aku dah rase lain macam. tapi masih bertahan. siap warm up, buat kick. ok, masih bertahan. pastu buat punch. ok, mase ni memang rase yang amat lain macam. segala peluh jantan betina dah keluar. tetiba aku rase pusing semacam dan kat depan aku dah start menggelap (ade ke imbuhan menggelap??? hantam sajalah) ape lagi. aku terus pusing, bow kt sir, cepat2 g blkg. OMG! AKU HAMPIR PITAM!!! amek kau. siap highlight merah lagi. sangat tak dipercayai. dengan cepat jugak aku duduk. kalau lambat beberapa saat rasenye memang sah - sah aku tumbang. isk3.

bila take 5, bebudak ni sume cakap muke aku pucat gile. urgh! malu kot. anim dok tanye. ok ke tak. huhu. dengan selambe aku jawab "takpe, anim ade. kalau jatuh anim jadi penyelamat" hehe3. ape pun thank you cik anim. betul la. panjat gunung ok jek, ini baru buat siket dah nak pitam. kelakar pun ade kau rase. isk3.

pastu pelan - pelan baru ok. aku amek langkah berjage - jage. duduk kat line paling tepi. rase lapang siket. tu pun masih rase kelam - kelam jek pandangan mata ni. huuuuu. pengalaman dowh. pelik pun ade. selalu orang kate sebab tak makan boleh nak pitam bagai. ni tengahari aku dah selamat menghadap nasi kerabu. pastu ade kate kurang gula. entah??? ape korang rase? kenape kite boleh rase sampai nak pitam. isk3. takmau lagi rase camni minggu depan. harap - harap ok seperti biase minggu depan. btw, kalau tak salah pendengaran aku, semua lepas grading hari tu, dapat belt kuning. alhamdulillah. harap2 kali ni dapat ke belt hijau pulak.

dah. pegi buat assignment tuh. ouh....ape isu keusahawanan kat malaysia? anyone? i need help! tq ^__^

Friday, January 7, 2011

kembara jejak mat kilau 7-9 disember 2010

assalamualaikum. lame kan buat orang tertunggu nak bace entry full pasal kembara jejak mat kilau ni. ok ape. hari tu dah bagi intro, bagi surprise lame - lame pastu baru bagi yang full punye. ok cukup. mari bercerita pasal kembara ni walau dah agak berhabuk. ade aku kisah. korang ade, takde kan. =) eh lagi satu, entry ni akan jadi super panjang. 

macam yang dah bagitau sebelum ni, program ni 7 - 9 disember 2010. sebelum masuk hutan, haruslah buat persiapan ye tak. bagi orang macam aku yang dah lame tak masuk hutan tetibe rase macam jakun laa pulak kan. macam - macam aku fikir. larat ke aku nak berjalan. injured ke nanti. macam - macam lagi la. ajk bagi list barang - barang nak di bawak, hamek kau. macam budak darjah satu nak masuk sekolah. every single thing dalam list tu dibelinye. isk3. ok laa kan. persiapan. kalau ade pape tak susah diri sendiri ngan orang lain. baju hujan, torch light, air 100 plus, coklat, wisel, sleeping bag. eh tak. sleeping bag takde. tidur beralaskan kain batik sahaja. 

petang 7 disember 2010, semua peserta berkumpul kat bitarasiswa. angkut barang-barang dan beg dalam lori, pastu semua bergerak ke sk pos bersih, ulu slim. fyi, tempat ni adalah perkampungan orang asli. dalam sejam naik bas dari upsi. sampai2, kene jalan kaki ke sk pos bersih. bas tak muat nak masuk. bukan jauh mane pun. haha3. cara cakap macam gempak jauh sangat je kan. =) sepanjang jalan kaki nak ke sekolah tuh, anjing berkeliaran di mana - mana. huuuuu..... harap maklum ye. lagi satu. jangan lupa, mereka dah macam kita. jangan salah faham. ye mereka orang asli, tapi mereka juga dah majukan diri dan kampung mereka. setakat ade astro dah tak heran. 

sampai kat sk pos bersih, terus g minum petang. berkumpul dan pembahagian kumpulan. lepas tu, setiap kumpulan pasang khemah masing - masing kat padang sekolah. petang tu aktivit bebas. kat belakang sekolah tu ade sungai. ape lagi, pakat - pakat terjun sungai laa mereka - mereka ini. tapi rasenye yang lelaki je kot. yang perempuan amek pemandangan jek. hahaha. sementara nak ke maghrib, kami yang agak kebosanan ni melayan game oleh bakal - bakal kaunselor. best! bergelak sakan adalah harus. pastu bawak diri. nak siap2 solat dan makan malam. pas makan malam, semua berkumpul kat kantin dan ade taklimat dari pihak rela. diorang ni la yang akan jadi guider kitorang sepanjang hiking ni. macam program yang lain, bila dah masuk hutan, mesti ade pantang larangnye. jangan nak pandai - pandai kita sendiri. habis taklimat, semua masuk khemah dan get ready for tomorrow!

pagi - pagi sebelum subuh, masing - masing dah bangun. siap - siap, solat, kemas khemah, sarapan dan siap! kalau ikut perancangan awal, kitorang dipecahkan pade 8 group yang kecik tapi dirombak balik, pecah ke 2 kumpulan besar. aku dalam group yang pertama, gerak dulu. group ke 2 dalam gerak lepas dalam 15-30 minit pas kitorang.  naik lori nak ke starting point. lupe nak info. perjalanan kitorang ni ade naik dan turun. maksudnye, permulaan perjalanan akan banyak mendaki bukit, mase dah nak sampai akan banyak menurun bukit. sebelum mula, macam - macam protection yang kitorang pakai. losyen halia, insect repellent, bygone, shieldtox, semua laa. berhati - hati. takut pacat naik. tapi naik jugak. huuuuuu....

sepanjang perjalanan, macam - macam kitorang redah. sungai anak sungai, selut, akar kayu, panjat batu, terjun batu (eh ade ke terjun) hentam sajelah. =) yang paling banyak haruslah digigit pacat. kalau tanye aku mule-mule tertanya gak mcam mane rase kene gigit pacat. awal-awal jalan dah ade due tige orang yang kene gigit. bile dah tengah - tengah perjalanan baru aku tau macam mana rasenye. camne nak describe ea. yang dah kene 'kiss' ngan pacat tu korang tau laa kan. kadang - kadang tak rase ape pun. tau - tau selak seluar, tinggal darah jek, pacat nye dah jatuh kekenyangan. isk3.

akhirnya, lepas berjalan hampir 9 jam sampai jugak ke destinasi, lata lembik, raub, pahang. rase macam tak percaya pun ade. bagi orang yang agak kurang fitness macam aku, memang satu pencapaian laa. sampai - sampai semua pakat berendam dalam sungai. pihak renjer salute kat team kitorang sebab antara yang paling cepat sampai dalam banyak - banyak team yang diorang pernah bawak. tahniah buat mereka yang berjaya sampai paling awal. tepuk tangan untuk diri sendiri. clap3.

bile join satu program mesti ade banyak pengalaman yang dapat, betol tak. memang banyak. tak penah-penah aku makan nasi himpit dengan serunding, mase program ni kitorang buat. sedap dan mengenyangkan. kene gigit pacat, baru aku tau macam tu rasenye kene gigit pacat. redah sungai beramai - ramai. jalan dalam hutan, tengok pokok - pokok hutan. naik 4wd @ four wheel drive. dah rase macam masuk pertandingan four wheel tu plak. hasilnye, badan aku penuh ngan lumpur ngan selut. tapi yang peliknye lagi 3 orang yang naik same aku kene siket-siket jek. pelik2 dan paling penting dan best, dapat ramai kawan baru yang super best! before ni penah nampak muke tapi tak kenal mane tapi pas program ni dah boleh bertepuk tampar dan bertambah lah list friends dalam facebook. =) 

malam tu takde aktiviti, hanya bersantai. ade karaoke. berehat. tengah syok kitorang beradu dalam khemah, hujan turun dengan lebatnye. basah khemah kitorang. akhirnye yang perempuan tido dalam satu rumah; rumah ni rasenye cam rumah untuk orang yang jage tempat ni kot. esoknye bangun kemas2, siap2 dan ready untuk majlis penutup. hujan still lebat. siap majlis penutup, aktiviti wajib, camwhore! =) pas siap kemas semua, semua bergerak ke bas dan meninggalkan lata lembik dengan meninggalkan seribu satu kenangan. satu yang same. habis program ni masing - masing jalan perlahan jek, sakit kaki badan weigh!

ok dah. penat taip. jamu mata tengok gambar pulak.

sebelum naik bas harus bergambar

berjalan kaki ke sk pos bersih



pikah
dayah
laili


mula berjalan



dalam hutan




siap kemas mesti bergambar


geng baru; nadia, izzah & fana

geng baru. nice to know all of you

encik pengarah program


tshirt kami

dengan renjer

kami; peserta jejak mat kilau uklk 7-9 disember 2010

bersih khemah


kawan baru, anim ngan hasni
kan dah kate super panjang. ape pun selamat membaca. IA ade lagi program macam ni mau join lagi. to all, tak rugi kita join program macam ni. dapat pengalaman dapat kawan baru. sakit2 tu cerita tu no 10. mestilaa ade sakit2. badan kita bukan mesin. mesin pun boleh meletup ape lagi badan manusia. selamat menjalani semester baru buat semua kawan. 

gambar: credit to laili and hasni. tqvm  =)

Wednesday, January 5, 2011

salam!

salam semua.
ouh...lame yang amat aku tak update blog ni.
IA akan di update semua cerita nanti.
salam tahun baru!
^_^